Sunday, November 16, 2008

Borang Senarai Peralatan

Pembaca sekalian,

Kadangkala ada sahaja bahagian PC yang rosak pada waktu yang tidak dijangka. Pada waktu itu, harga untuk perkasasan tersebut, contohnya, pendrive atau RAM telah berubah. Anda yang tidak sempat mengikuti perkembangan harga PC semasa mesti mahu membuat perbandingan harga terlebih dahulu supaya mudah untuk bajet anda dan tidak tertipu.



Tips Beli Komputer


Mesti anda teringin hendak beli komputer….Bagi saya mempunyai komputer sendiri adalah lebih bagus daripada menggunakan komputer di CC kerana ia lebih terjamin keselamatan data2 kita…Bagi anda yang hendak beli komputer, yang penting anda mesti tahu atau kenali komputer…bukan semua yang anda perlu tahu cuma perkakasan asas jer….Disini ada 5 perkara yang perlu anda rancang sebelum membeli komputer…

1. Tujuan Anda Beli Komputer
Sebelum anda hendak membeli komputer, anda kenalah tahu tujuan anda membeli komputer..Kenapa anda nak beli komputer?..Komputer nak digunakan untuk menaip saja ker, utk multimedia, main games atau buat duit dengan perniagaan internet..Sbb apa spesifikasi bagi komputer & harga berbeza2 mengikut keperluan…klu anda hendak gunakan utk menaip & perniagaan internet harganya lebih rendah daripada utk multimedia & games…

2. Carilah Komputer Yang Sesuai
Selepas ada tujuan, pilih spesifikasi komputer mengikut tujuan anda beli komputer…Klu anda hanya untuk menaip jgn beli yang komputer utk multimedia @ games….rugi tau…kerana harga komputer berbeza2 mengikut penggunaan

3. Tetapkan Peruntukkan Atau Budget
Tetapkan satu budjet atau peruntukkan wang secara kasar yang diperlukan mengikut harga semasa spesifikasi atau sebuah komputer..anda boleh tgk pada iklan2 di surat khabar, tentang harga komputer

4. Cari Harga Yang Terbaik
Carilah harga yang sesuai dan terpaling rendah, bandingkan semua harga kedai yang ada..tanya setiap kedai..kumpulkan senarai harga…cari harga yang terbaik yang ditawarkan..cari klu ada promosi kedai buat promosi..baru SmartGeneration…kita pengguna, kita ada hak bertanya… :)..

5. Beli komputer & Periksa Perkakasan
Setelah dapat harga yang menarik, belilah komputer pilihan anda….periksa perkakasan samada perkakasan yang ditawarkan lengkap pada komputer yang anda beli….Ingat kekadang ada gak penjual tipu, tulis kat senarai, RAM 512mb tapi dalam komputer 256mb ..

Seelok2nya…Bawalah sesorg yang pakar tentang komputer( mcm saya :-) ketika membeli…

Insya’Allah klu anda ikut tip nie, anda tidak akan rugi..

-Jangan sesekali berbelanja melebihi budjet-













Carta Organisasi & Latar Belakang Syarikat

Latar Belakang Syarikat
Labels: TecKomputer
Syarikat ini ditubuhkan pada 11 January 2008 dengan nama TecKomputer. Di awal penubuhan syarikat, kami terlibat dengan penubuhan kelab komputer di Sekolah-Sekolah Kerajaan dan swasta. Kami juga mempunyai pusat latihan komputer sendiri. Selain dari itu, pembekalan hardware, software, aksesori, toner, repair komputer dan notebook juga adalah perniagaan utama kami untuk pelanggan-pelanggan swasta dan kerajaan.

Memandangkan banyak permintaan dari sektor kerajaan, kami telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (No. Pendaftaran Kewangan: 357-02057278). Kami juga terlibat di dalam bidang-bidang yang lain seperti alat tulis, kelengkapan pejabat, media elektronik, alat bantu mengajar dan lain-lain.

Kini syarikat kami membuat pembekalan dan servis kepada kementerian/jabatan/universiti/kolej/sekolah dan syarikat swasta serta orang awam. Sesungguhnya kami berharap akan dapat memantapkan dan mengukuhkan lagi syarikat ini dengan menambahkan lagi bilangan kakitangan dan perkhidmatan yang sedia ada serta pengurusan yang lebih sistematik dan teratur.

Kami berharap agar terus maju untuk memberi pembekalan dan perkhidmatan yang padu demi kepuasan pelanggan terutama kepada pelanggan-pelanggan baru. Semoga dengan adanya sokongan dari pelanggan yang begitu ramai, kami yakin dapat memberi perkhidmatan yang terbaik. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi pejabat kami.

Board Spec & Layout







Pelan Lokasi Syarikat Kami